Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.Juga salam perkenalan dari saya yang begitu teruja apabila diberi peluang untuk menulis diruangan DISINI BLOG PERKONGSIAN ARTIKEL yang cantik ini.
Sebagai seorang yang masih baru dalam bidang penulisan ini,saya tercari-cari apakah topik yang paling sesuai untuk saya ketengahkan disini.Akhirnya saya temui,yang mungkin dianggap biasa bagi kebanyakan anda semua.
Saya amat yakin,anda sekalian sudah tentunya sinonim dengan iklan-iklan ditelevisyen ataupun media elektronik dan saya amat percaya anda juga tentunya sudah biasa menonton sebuah iklan dari Oreo.Situasi dimana seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berdialog bersama anak patung kesayangannya lalu menarik minat bapanya untuk turut bermain bersama.Setiap kali menonton iklan ini,saya bukan saja setakat tersenyum malah ada sesuatu yang mencuit hati saya yang ingin saya kongsikan bersama.
Jika saya bertanyakan pendapat anda,pasti rata-ratanya akan memberi pendapat betapa comelnya anak ini,anak siapakah yang bijak dan petah bercakap ini atau mungkin juga akan berpendapat,betapa comelnya iklan ini.Sebagaimana anda semua,begitu juga saya.Kredit diberikan kerana mencantikkan suasana ini.
Tapi kali ini,saya ingin mengajak anda melangkau sedikit sahaja pemikiran anda,mengajak anda sama-sama menghayati betapa cantiknya suasana hubungan antara si cilik dengan si ayah.Dalam dunia kita yang semakin ketandusan kasihsayang,adakah suasana ini dapat memberi implikasi buat kita semua?
Dari sudut pandangan serta pendapat saya,si cilik atau si kecil ini bukan saja kelihatan seronok apabila si bapa secara tiba-tiba muncul turut serta dalam bermain,tetapi jauh disudut hati mereka,mereka memerlukan lebih dari itu.Hakikatnya,mereka bukan saja satu amanah yang diberi oleh Allah swt untuk diberi cukup makan,pakai,tempat tinggal yang selesa serta pembelajaran yang sempurna tetapi juga perlindungan dari kita yang dikatakan lebih dewasa dari mereka.
Mereka bukanlah satu boneka yang boleh kita tukar atau buang sesuka hati.Mereka juga bukan sampah yang dapat kita campak ke mana saja kita suka.Mereka diperlakukan melebihi kudrat untuk mempertahankan diri,lebih tragis dari apa yang kita dan mereka sendiri sangkakan.Hairannya,kemanakah menghilangnya kasihsayang kita serta sifat keperimanusiaan kita terhadap mereka.
Tiada makhluk yang tidak berhak untuk hidup selagi Allah swt mengizinkannya dimuka bumi ini.Hatta mereka si cilik yang menjadi generasi akan datang juga berhak untuk hidup.Sayangilah mereka,hentikanlah kezaliman terhadap mereka.Kerana kegembiraan,keriangan serta gelak ketawa mereka bukan hanya sekadar terletak pada Oreo.
ツSEPATU KOYAK
No comments:
Post a Comment